Wednesday, November 11, 2009

tidak keruan


Beind slandered was totally holyshitwho knows

di kala jari2 aku menari nari atas jadah neh
rasa macam nak penyepak semua orang yang bu
at aku sakit hati sejak akhir2 ini
tak siapa akan faham aku
termasuk member2 sendiri
semua tak buleh percaya
PEDIH DOOOHHH!!

Aku akan menjadi seorang yang pendiam
rakan2, maaf kerana tak melayan korang sangat
aku sangat terluka, hati lelaki, tetap akan sam
a dengan perempuan.


Exam sumpah dah dekat gyle2
8 days..
then everything gonna burst
After all, sejarah pling worse
bace 10 minit mengantuk
wlaupun sudah dibekalkan Ginko dan telur separuh masak setiap pagi
Petang tidur, malam jadi burung jampuk, sa
mpai dua tiga pagi
kerana berburak
dan texting




pagi ini walaupun air mata tak mencurah tapi terharu sangat,melutut depan guru2,minta restu ilmu, dan memohon maaf atas segala kesilapan y dilakukan

let me list it out

1. Cikgu Kahar-MM- tiru sign awak sebab nak keluar outing
2. Cikgu Hartini-BIOLOGY-texting awak, dan kacau walaupun tak merana
3.Cikgu Rossita-CHEMISTRY-Selalu tak masuk kelas awak sbb msuk sports itu ini
4.Cikgu Jennyta-PHYSICS-tak pernah berburak, tido d sebalik badan rakan y gempal
5-Cikgu Haris-BM-TIDUUUUUUUUUURRRRRR!!!
6-Cikgu Zahureen-ENGLISH-Bukak myspace tyme awak ajar kat mkmal komputer, kantoi,
7-Cikgu Azlina-ADD MATH-Homework, byk berangan tyme awak ajar
8-Cikgu zaiton-SEJARAH-menyampah kelas awak sbb slalu extend kelas sampai pkul 5 ptg
9-Ustazah Arbaiiyah- AGAMA ISLAM-kadang2 menganjing, sbb awak suka berleter, tak tahan

Cikgu2, mintak ampun banyak2, Halalkan ilmu uke, Love u all very much :)

Wish me luck

for this damn-freaky SPM

holalalalala:)

Monday, October 26, 2009

having ur nightmare



tragis sungguh pagi ini

kerana apa??

Kerana kali pertama menghadiri kelas fizik pagi isnin

sebelum ini jam 7 hingga 11 pagi dimanfaatkan sepenuhnya untuk tidur sepuas hati
di atas tilam busuk tinggalan SDAR di lantai,
mnggigil gigil kesejukan

Sebelum tu ketensenan masih merasuk diri

tadi malam,

manchester United tewas di tangan Liverpool

2 Berbalas 0


That's a fact

Mungkin nasib tak menyebelahi

atau referee yang cam sampah, no doubt

Possesion 80% MU,20% lverpool

satu bilik TV terkedu dek gol Torres

dan juga pemain bukan pilihan, Ngog di minit2 terakhir

Sudah banyak season dan pertemuan antar 2 gergasi besar eropah ini, namun nasib lebih menyebelahi skuad bimbingan Rafael Benitez,, no comment


Saya tahu ada antara anda yang tidak berapa minat dalam arena sukan ini

especially golongan Hawa

tetapi ini blog saya, saya punya hak untuk menulis apa2 saja

Hari ini cukup indah, keluar outing setelah brbulan2 terperap dalam penjara wakaka

bout 4 weeks more, then everything ought to be better, i guess )

Wednesday, October 7, 2009

ilyas sarat


Tajuk blog sdah ditukar.
Pelik?? Tidak...

Kenapa?? bnyak sbb

1. jadah nih yang buat saya merana dan pilu 3 minggu
2. Dulu saya benci sekarang saya sayang
3. Saya kemaruk dengannya
4. Saya nak belajar dpd kesilapan
5. Ajar saya supaya lebih serius utk hdapi msa depan

That's Biology

tidak kenal maka tak cinta

Sejak naik cuti raya. Aku mula terasa perubahan yg mendadak dlm diri aku.
Kerana apa?? Aku tak tahu, ia lahir dr hati.. Semangat untk berubah, mungkin

4 beradik exam besar, takkan nk jd loser

Baru2 ini,aku terkejut sungguh. Tika itu, aku sibuk mengkolling kolling dan mmber kecoh sebok ada gred baru, A+, dan jadah sebagainya.. Palahowtak anda, mana mungkin.. Kalau begitu gamaknya, satu je lah, math mode, itu pun tidak pasti.. chance untuk dpt scholarship makin susah, tp mungkin ini pendorong semangat untuk bekerja lebih keras, untuk diri, dan sekolah yg tak habis2 nk kekalkan ranking, itu tak kisah, tapi yg pling3 penting aku puas belajar, mampu buat apa yang termampu..

Weh mat, berapa?? 1 A+, 2 A, 4 A-, 1 B-, 1 B+, tak ke susah untuk menyebutnya, tak apa, aku tak membangkang, kerajaan punya hak untuk lakukan apa sahaja, rakyat cuma menuruti..

Baru2 ini kursus interview diadakan, pakai pun tak proper, still menonyoh nonyoh mata mendengar jadah2 itu, mengganggu pagi sabtu yang indah, tapi byk input2 dan benda2 pelik yang aku tak tahu dan baru tahu, itu cukup bagus.. Salah satunya, kalau anda pakai kasut tajam sedikit ke hadapan akan mengubah persepsi interviewer terhadap anda, dan kalau anda pakai baju tak matching pun ada2 saja yang tak kena, Penting, aku rasa.. Kena converse byk dlm bhasa omputih selepas nih, walaupun kadang2 jelak mendengarnya, Kerana apa?? Kerana saya melayu tulen.. tapi saya suka berbicara dengan ibu dlam English, itu pelik, saya akui..



Cocncentrate SPM lh doe, ngengade intebiu2 neh lak, Itu blakang crite uke...

Fenomena membotakkan kepala kian menjadi jadi.. Kerana apa??
kerana lagi 2 bulan untuk pulang ke rumah slepas SPM, jd rmbut smpat tumbuh dgn mencanak dlm tempoh itu.. Kalau balik mnggu depan?? Seorang pun takkan bbuat demikian, sumpah aku pasti tntg itu, Tetapi aku tidak mahu, biarlah Penggondol mesin Plkn siri ke 7 membersihkan rbut2 ku di lantai, wakaka, trauma.. Btw, sumpah sayu tak dpt braye untuk prtama kalinya dgan famili, angkara jadah2 SPM neh..




Saya cukup penat dengan belajar2 ini tapi kena sungguhkan hati juga, malam2 pkul 3, ttpi ditemani jadah empat segi yang bergetar setiap seminit, dan terkekeh kekeh aku membacanya..
haha petang semalam ckup terkejut,

Your service has been barrred due to exceeded credit limit,

hampeh, itulah kaw, tak reti nak beragak, terima padhnya, terpaksa turun bwah, wish adik gudluck PMR melalui i talk

kahkahkah

To all PMR candidates, wish u gdluck lhh, jgn jd cam saya stadi last minute dan tertidur tyme exam besar tu berjalan...

Friday, September 18, 2009

Kesyukuran Dalam Kemeriahan


Ouh hari yang gile

orang sume dah sibuk sahur ngan famili

aku masih lagi terkandas di atas katil buruk tidak bercadar SASER

Rindu lah nak balik rumah..
2 jam lagi sebelum aku melangkah naik bas Plusliner yang sejuk cam dalam aeroplane lahh hee.. Emm mungkin hari ini cukup sadis, kali trakhir berbuka di asrama selama lima tahun, cukuplah dengan nasi kawah berlaukkan ikan goreng dan sambal bilis yang tawar.. lepas ini mana tau aku sahur ngan mat saleh dlm subuh yang kedinginan ke hhu kalau aku struggle lebih lah tyme ni..

emm Hari ini aku cukup selesa, walaupun sudah beberapa minggu tak bersahur..Pagi semalam merupakan pagi yang indah dalam hidup aku..

guess what..

Biology aku uke lahh..

I managed to score B3, though the paper was quite tough.. Once in life time lahh.. try pujuk Cik Tini, satu lagi nak dapat A2 supaya mnjadikan result aku kemas tanpa gred B.. emm btw, nobody cares right... jahanam ar.. sekarang masa untuk keronggengan setelah melalui sebulan setengah yang menyiksakan

'Kuih raya' yang dibekalkan oleh sekulah menyebabkan aku terasa seprti untuk berpindah sekulah lahh.. Aku jamin sebulan pon aku tak buleh siapkan homework tuh. menyakitkan hati je lahh.. Orang sibuk makan ketupat, aku sebuk dengan kerja aku, sekejap mengunyah lemang nan rendang, sekejap2 menghighlighterkan buku bio longman yang dituduh oleh cikgu tini sebagai buku yang tak guna, fakta semua salah salah.. Aku tak kisah cikgu Tini, yang penting aku ade improvement dpd trial SBP hari tuh.. hhu

Emm uke mlm tadi baru shja mengekol mak.. Katanya pas Spm nak ramai2 pergi Indon lagi.. Owh betapa tensen aku.. Terbatallah projek 5 Zeta untuk beronggengan kali terakhir di Genting Highlands bersama akuh hha.. Tak ape lah.. Kte jumpe lg tyme ambil result.. Pasti kurang sume sebuk gelakkan aku yang masa itu gondol kepalanya kerana baru sahaja menjalani Program Latihan Khidmat Negara yang pasti akan mengtraumakan sesiapa sahja kat muka bumi ini

Selamat Hari Raya lah semua

Sunday, September 6, 2009

Lantak kau lah

ohoh puasa membuatkan malas nak outing, bukan, alasan terbaik adalah bangun selewat jam 10. angkara layan friendly England Slovenia, menyesal ouh.. Patut ngadap buku Bio(kasted) malam td, rsult bio untuk trial sbp dah lah macam sampah.. Buleh pulak nak berfoye foye hhu Emm btw, dah blajar dpd kesilapan, kau kena tabah lah sikit.. 2 papers more, lepas itu akan beronggengan hinggga ke raya.. Oups raya. No mood. Makan rendang dan lemang diselang selikan dengan tujahan bertubi tubi oleh akak dan abang.. Apa itu synaptic cleft?? Explain the formation of ovum and sperm, ouh.. nak mati. umm it's for my sake.. tak kisah lahh.. Hurin lahh!!(bak kata zaki yang menyamakan nama syahurin dgn....) Maaf kerana melibatkan kamu berdua dalam posting entah apa2 ini..

Emm aku still lagi kempunan untuk berbuka puasa dengan family.. Dengan adanya program perkampungan ilmu nih, musnah harapan untuk melepak2 kat rumah, bersahur tanpa menggosok gigi huhu.. 3 hari, tak puas..



ops!! ini bukan aku
aku cuma meginginkan kesedaran yang masih belum wujud dalam diri..
Guess what.

Buka terlalu melampau lampau membuatkan perutku bisa jadi seperti ini. Aku mlas riadah sejak akhir2 ini, dan petangku dibazirkan dengan tidur, tidur dan juga tidur, tiada yang lain.. Got 3 more days, lepas tuh table ping pong aku conquer, satu padang bola aku punya hhu. Tadelah.. aq dah mula rindu nak riadah.. Sejak dua menjak trial nih, aku banyak menghabiskan masa di dorm bljar itu ini, tapi sebentar sahaja, selepas itu lentok, berjalan ke angkasa lepas..

Ukeh2, gudluck kepada rakan2 yang turut sama menghenyak kepala untuk menghadapi trial Spm, just keep pushing on, the same goes tu me owh

terima kasih akak cc SASER yang bukak cc di pagi buta nih, RM 5 aku tak melayang begitu shja.. trimas akak hhu

Thursday, August 20, 2009

Kemeriahan dalam Kepenatan


weh2, chemistry habis, sumpah penyol kepala mengadap kertas belacan trial sbp dan ngri smbilan, ntah tidak ketahui apa yg telah dijawab, petang ini akan tidur seperti kanak kanak kecil lagaknya

untuk pertama kalinya dalam sejarah hidupkuh menoyolkan diri tapi terpaksa, paper 3 bio huhu
tapi akan kusesali perkara ini, berjanji tak akan buat lagi..

haha hari tu sbb desperate lah..

membaling baling kertas ke meja sebelah..

emm apapun test dah sbp dah habis, result belakang cerita

Aku menjerit setelah kimia habis petang tadi sambil berlari ke arah cc,

Bukan apa, esok balik dan aku tak berpeluang untuk mengonline diri lg..

Kenapa?? jangan ditanya, telah dipotong wayar internet kerana mls belajar. telah dimentionkan dahulu kan..

Apapun esok balik dan mask masih belum dibeli..

tak tahu, H1N1 kat sini dah melambak lambak, takut jugak emm esokkeluar sekolah dan terus berlari naik ke dalam bas Plusliner yang sejuknya seperti aircond kapal terbang

Esok menjammingkan diri bersama rakan(nazri) especially yng terberia beria mengajak aku ke kancah ini , cabut awal dan puasalah di samping menerawihkan diri 23 rakaat setiap malam.. tidak, 8 sahaja.. hhuhuhu

Sori saya berbahasa baku untuk posting ini..


Tuesday, July 28, 2009

AAAAHHHHH!!!!
Kenapa aku bazirkan masa kat cc nih, banyak benda bagus lagi kau boleh buatlah ilyas haha btw skul baru je bukak cc, best ar dpt berfoye foye sket, sumpah lame x update bizi ah, emm next week trial SPM lah wooii pergi lah naik atas baca buku.. Okeh2 jap lagi.. anyway, got nothing much to say lah, cume wish me gud luck oke..
Baru2 ni aku tensyen sungguh dengan sekolah nih, buat kelas membunuh dari pukul 7.30 pagi sampai 5.30 petang, hey hantu jem lah kepala aku.. Esok aku x dapat pergi SDAR lah sebab ade kelas kimia, tidak boleh larikan dirilah daripada semua ni, i've to face it lah,
Ada talk pasal engineering kat sana, tapi malangnya aku kena terperap kat dalam makmal tuh, bergerutu punggung aku menanti pukul 5.30 petang. Aku cukup minat engineering, dan aku tahu kalau aku pergi esok aku akan dapat banyak information yang sama sekali dpt tolong aku time interview nanti huhu.
Sekarang ni tengah berkira kira nak pergi kelas kimia ke pergi SDAR. Oke decide sekarang, kelas kimia.. nanti cikgu bising lah, telinga aku mane boleh tahan petir kilat lagipun aku tahu this could be the only way nak dpt scholarship...
CIS aku sedang merana..
Aku tinggal 1 lagi kesalahan, kalau tertambah satu lagi, bye bye lah outing, no ronggeng2 huh
Oke2 nak pergi pecahkan kepala otakku dengan addmath..

Friday, July 3, 2009

PLKN

Sumpah aku nak hantuk kepala kat dinding berpuluh puluh kali. Nak tau kenapa. Aku terkena PLKN lah!! Dah nak nangis dah nih, tapi tahan je lah.. haha mati2 ingat tak dapat, balik2 maen takraw peluh peluh naik dorm, budak ni menyalak nyalak.. WOi!! Aku kena!!! ape yang kenanya.. time tu plak member aku seorang ni baru je menjerit!! Aku bace mesej dy.dia dapat PLKN!! haha aku tergelak. Check aku punya.. nah TAHNIAH Muhammad Ilyas Bin Zainal anda diterima untuk mengikuti program PLKN siri ke 7.. Sumpah kelu gila lidah
Malam itu aku tak boleh lelap..haha.. tak sangka semuanya jadi macam ni... Kelas aku 7 orang dapat, sume muka2 tak relalah.. kena down jep ngan budak2 nih.. nyalak2 lagu PLKN buat ape..
Kol mak, fuh lagi dia suka aku dapat... katanya 3 bulan tu bolehlah dipenuhi dengan aktiviti2 berfaedah.. Haha aku dah plan nak ambik license, lepak kat rumah macam orang gila, tapi sumenye hancur bedebur..
Aku cukup pelik, abang aku baru jek kene, tetiba takde angin takde ribut aku pulak dapat.. Memang betul lah select random, takde guna pun aku masuk itu ini..
Oklah aku harap benda ni tak jadi bebanan untuk aku, just keep going on.
Tapi i've to wear cap mase nak amek result nanti huhu

Sunday, June 21, 2009

Hari ni merupakan sejarah dalam kehidupan aku selama bbrapa tahun ni. Keluar outing lambat sgt2. Malam tadi mata aku tak boleh terkatup rapat, entahlah.. mungkin suasana pembelajaran yang memaksa aku untuk tidur lambat, berjaga sampai tiga empat pagi memang menjadi kesukaan aku, walaupun tak dipenuhkan sebaiknya dgn studi studi, ape je aku buat malam tadi, ronggeng2 jap, makan maggi, maen ragbi dlm bilik, dgr2 lagu...

Nak tahu tak, akhir2 ni aku sgt2 berubah, lepas dpt result yg x seberapa tu, semua orang start push aq, aku anggap ni peluang terakhir untuk aku berubah, kalau aq x boleh buat, punah lah..
Cuti hari tu, aku bnyk hbiskn masa kt rmah, wt omwek yg mmbencikan tu, di samping stadi skit2,... x, byak...
Aaaaahhhhh!!!!
Kenapa aku terdesak sangat nih..

AAAAHHHH, topik lain lah...
.
Kat kem BTN hari tu, aku trpaksa merana dkt segamat tu disumbatkan kepala otak aku dengan politik yg membencikan yg ntah ape ape, serabut... Aku tak nafi memang bagus, cuma minat aq dlm politik memang tak seberapa je.. entah2 menteri pelajaran pon aku tak tahu... menteri besar johor apatah lagi, ntah aku tngh takde modal ni...
Aku agak terkilan hari tu sebab x dpt amek address blog fasi aq, sumpah aku suka gila cara dia cakap, benda2 yg selama ni aq x prnh tau psl sejarah pembangunan mlysia, dlm buku sejarah pun x mungkin ada fakta2 yg dorang kluarkan tu...

Emm mlm tadi pas ronggeng2 ngn member2, aq trkenang mse zmn menengah bwh, wktu tu mentah sgt, bnyk sgt benda2 bes y aku dah buat ngn dorang, sume bes2.. Ok lah,nak bagitau, aku rindu sgt member2 sekolah lama lah, korang bes sesangat... EMm aku merepek lagi..
Mungkin sbb aq bru bgun pkul sebelas tadi, kepala still lg senoneng, oklah.. nak g stdi...
Pejadahnya skema sgt lg aq ni..




Sunday, May 24, 2009

ceritera

ah, aku still lg penat, nak type ni pon x larat, tapi fikir2 balik, dah dekat 2 bulan aku x update.. ape gunanya aku ade blog?? ntah lah, minat aku dah mula luntur, cam dah malas..
kelmarin dan semalam, skul aku buat football interclass, cam gile penat walaupun kalah, kaki aku rasa cam nak tercabut jep, lecet sana sini, aku dah lama tinggalkan game ni, sbb ketiadaan player, aku jadi bidan terjun lah..
i've nothing to said in this entry.. haha
sorry aq dah x jadi pemblogger tegar..
aq x sabau nak balik rumah, minggu ni trpaksa join program biro tatanegara, kena balik lambat sikit hadui.. ada ura2 mengatakan kalau pergi BTN, PLKN ada chance nak lepas.. ntahlah..
i just can't wait 4 de oliday!!!!!!
AAAAAAAHHHHHH!!!!!!

Saturday, April 4, 2009

malang yang tidak seberapa

Hari hari aku akan mengeluh ttg kakiku yg x berapa nk elok nih..Nak tau sbb pe, baru2 ni ade tournament hoki lar, jatuh atas terve, halamak.. pedih siihhh, sumpah.. men satu game je out of 4. x menang, ref bious abes, nenek dia tak ajar dia mengerefkan game dgn baik, tu psl jadi mcm tu..
Nak djdikan cerita, aku agak tersiksa sedikit lah, boleh berjalan tp klau nak smyg, ssh cket.. x bleh bend abes, nnt rse mcm tulang lutut ni menekan, tp so far x serious sgt, mybe akan heal sikit sikit.. Dan bru ni ada ujiantara, mnyksikan aq cuma dpt1 point, dpd 6.. aq lontar peluru jep, x lari, nnt trcabut plak kang...
Aku menganggap suma ni balasan tuhan kepada aku kowt,aku jrg turun surau, kdg2 full package, 5 waktu di dorm haha,
Jumaat semalam aq bengang sungguh, time 2 aq ttdo kat phimpunan, letih kawad smpai 1 pagi, ttbe kena panggil naik pentas, terangkan balik pipp(pelan induk pembngunn pnddkan) yg ckgu pnjg lebar explain mse aq tngh mahsyuk tdo tu.. haha dan aq gagal menjawab 6 point tu dgn smpurna.. malu?? x lah.. skurng kurangnya da bleh biasakan diri dpn audiens, sbb mnggu dpn aq kna bicara pemimpin lahh..
kna diri kat depn, kena bg talk psl smething, tp hafal teks lah, lau x gelabah lah aq kat depan tuh. Aku x nak jd cam fom 4 baru ni, gegel kat dpn, x leh kluarkn suara terus, aq nk prepare sebaik baiknya..
Nak tau aq bg talk psl pe??
Psl blog... Xtually aq tjmpa mklmat psl blog kt mjlh dwn siswa, tgerak lak hatiku utk berbicara mengenainya... akan ckp psl benefits of blogging.. ye ke bwk benefit?? ntah.. xpsti.. adddicted adalah.. smetimes..
okeh, minggu dpn lg bzi, xde kt skul for a week, kem jpa, yg pnyalah ssh nak trpilih utk jd skuad elit, aq dah 2 kli pnyingkiran, last2 dpt jgk, sbb fit?? ntah, x kot.. x mungkin, haha

Wednesday, March 18, 2009

takde tajuk

Such a dull holiday....

Aku bizi ngabeskan masa buat omwek...

Cuti ni aku jarang gile on9...

Ni pon aku ngah mengupdate kat office bapak aku..

Sebenar benarnya aku tak ada mood langsung nak buat posting ari ni,,

Takde idea....

tapi aku kena buat jugak sebab ini satu satunya peluang aku untuk guna internet cuti ni..

haha

Guess what???

Result hampeh??

semestinya.... tapi taklah worst sangat...

Argghhh!!!! ape aku nak tulis ni??!!

Aku pun tak tau kenapa sejak akhir2 ni hati aku dah takde kat internet sangat..

Gune phone pun kurang..

tetiba dull pulak hidup aku ni...

umur dah 17, mungkin aku terdorong untuk belajar lebih kot..

tapi cuti ni foya foya jep, x stadi sngat pon, setelkan omwek pon nak tak nak je..

Aku tertanya tanya boleh ke aku score spm taon nih,

result kuar baru ni nyer lah ramai dapat straight, muke2 tak sangka pon leh dapat

Ntahlah...

Abang aku cakap bukan senang2 nak pergi oversea kalau result spm gempak pon...

Katanya nak score masa persediaan ke luar negara kat kolej mmg susah, test dy mencanak..

Kalau gile2 stadi pon belum tentu dapat, depends on one's brain power..

kalau tak lepas skor yang diinginkan, bubye, tak dpt lah melancong lancong ke oversea...

Buat masa ni, aku dlm proses nak lancarkan lg bertutur dlm english..

nanti interview taklah sangkut2..

emm...

Baru baru ni bapak aku nak jual serena lame.. Katanya bosan, gemok, besar..??

ntah... X lama lagi naza Ria atau proton Ezora sampai kat rumah.. haha aku naik jer...



Haha bubye Serena buruk....


Ria dan Ezora... cam nama gadis2 jep haha

Sunday, March 1, 2009

haha bebual panas..

Tika kakiku melangkah menaiki bas city liner, dengan tak sengajanya aku terlihat 2 ekor anjing sedang melakukan perkara yang tidak enak dipandang oleh sesiapapun. Scene ini berlaku di sebelah Dunkin Donut Terminal 1 seremban dan pada waktu itu aku sedang mengextendkan cuti yang agak pendek bagi aku. Aku sengaja ambik tiket lambat, x kesah kalau gantung outing.. Janji aku dapat meluangkan masa lebih bersama keluarga... dan kalau aku outing pun duit aku akan jadi seperti surat2 khabar lama yang dibakar dalam kuantiti yang banyak, duit aku akan lesap. dek terlalu boros berbebelanja.. nak itu nak ini...

Berbalik kepada cerita tadi..
Aku naik meluat melihat perlakuan mereka... kalau ringan2 2 takpe lagi.. Ini dah sampai cam cte omputih lak, lips to lips.. fowhh.. berpeluk pelukan tanpa segan silu, maaaiii.. di khalayak ramai plak tu.. boynyer berambut perang.. gadisnya pula beruniform sekolah, alahai... macam mana kau boleh jauh terpesong macam tu.. mak kau suruh pergi sekolah untuk belajar, bukan buat benda pelik2...

Aku dari dalam bas cuma mampu melihat, tak mampu menegur.... haha..... Dan aku tahu lat luar sana lagi banyak perlakuan ganas2 yang............................ entahlah...

Ya Allah, kau jauhkanlah Muhammad Ilyas Bin Zainal daripada terdorong ke lembah kehinaan. nauzubillah.... Aku tak sanggup.. Aku tak akan.. I swear i certainly do not do such things in my life...

Kehidupan bersama adik2 baru amat menyeronokkan.... ops, x sangka hadi sokat n amir arif tercampak kat saser, haha they'll suffer a lot... a lot....

Kesenioritian yang selama ini aku idam idamkan dapat juga kurasai.. tapi tiada touch... HEM saya akan menyelitkan frasa ini di dalam setiap ucapannya.. Once you touch, you go...
Dan aku berpegang teguh kepada prinsip beliau.. kalau setakat ambikkan air panas nak masak maggi takkan buli kot??

malam Sabtu, Slumdog millionaire, owh.. fantastic!!
mahsyuk gile.... cerita yang memberi pengajaran bahawa pengalaman yang dilalui dalam kehidupan seeorang dapat membantunya dalam apa jua keadaan..
Tengok lah... malas nak ulas..

This morning klas 5 zeta n Gamma pergi rumah anak2 yatim... sob, sob, sob, tp best...
mengajar aku untuk menghargai keluarga yang tersayang.. Best sungguh ke sana, kerja amal untuk projek sivik dan kewarganegaraaan..

Minggu depan amat pasti meletihkan.. ke Mozac for kriket, n the most important event is my first test... no preparation.. sikit2 jer.. harap2 x kantoi.. haha..
You!!!!


PRAY FOR ME okay....


Monday, February 9, 2009

S-O-D-O-M

Aku tercongok di depan pc burok kat cc seremban neh, menanti nanti n x sabar2 nak update blog, nak komen2, nak bukak myspace, nak baca itu ini.

Baru baru ini, aku sedikit kuciwa setelah mengetahui talian internet di rumahku dah dipotong, ops, bukan tak bayar bil, bpk aku saja potong lah, tak nak tengok anak2 dia hanyut dibuai arus internet yang mencanak. Cuti ari tu aku memang gian sikit nak open, tapi dah boleh biasakan diri dengan ketidakhadiran internet. jadi kesimpulannya, aku hanya boleh mengupdate blog dan mengusha usha myspace sebulan satu atau dua kali sahaja. haha, baik untuk aku kan, ntah, aku pun tak pasti...

Diisytiharkan muhammad ilyas bin zainal sebagai pengon9 yang tak aktif sejak bermulanya kehidupan tingkatan 5 nyer.. hehe. sowi lah kawan2, kalau komen tak reply ker,
nanti kalau dah msok u (klau masuk) aq nak beli lappy snirik ley on9 tanpa segan silunyer...

Tapi kita sume still keep in touch kan...

Dan sekarang ini aku ingin menekankan penyakit yang baru aku hadapi tahun ini..
Aku suka solat dalam dorm, nampak biasa, tapi sebenarnya merupakan satu perbuatan yang tak disukai oleh Tuhan larh...

kenapa???

Sebab suka bangun lambat, malam beronggeng sampai pkul dua tiga pagi, ngumpat2, sparing2, dan esok tak kurang dari 6.35.. HAHA.. takutkan syuruk, mengambil jalan mudah untuk sodom, Melangkah menuju ke surau amat menyiksakan, 2 batu, xde lah, 100 meter jer, tapi kaki ni macam kena tarik2 ngan saitan plak, huhu.. tahun lepas memang selalu jatuh tangga nak pergi surau, mata dibuka separuh separuh...

Tapi aku menyimpulkan ini angkara form 5 terdahulu yang sodom dengan selamba, maka adik2 junior pasti terikut ikut...

subuh. asar dan maghrib berjemaah di dorm, berjaga jaga dengan kehadiran timbalan ketua umum dorm kami, takot2 kena ceramah agama di pagi hari...

Anda doakan saya dapat melawan penyakit ini tau, moga2 dengan kehadiran form 4 esok hari, aku akan turun surau tiap2 waktu, haha..

Form 4 masok esok, dan suasana ostel rasanya taklah sunyi sangat.. Aku takkan membuli, walaupun masa form 1 n fom 2 dlu aku kena sepak terajang.. halamakk... teringat lagi kat skul lame...

Ilyas akan berkata kepada adik juniornya..

hmmm,, adik, adik duduk mane??

adik suka tak duduk kat sini??

adik pernah duduk asrama x sebelum ni??

adik suka kena buli??

kenapa tak suka??

oohh,, tapi kalau taknak kena buli.. adik kena buat something untuk abang..

betul ni?? x kisah??

emmm,,, maggi tomyam sebungkus, kalau takde, memang kau makan crocs size 8 aku niii bodoooo!!!!! hahaha

ilyas berkata dengan jahatnya...


Sunday, January 11, 2009

sorry, x update slaloohh..


Tahun ini aku bermula dengan sesuatu yang baru, tapi sesuatu yang lain daripada yang lain. Ketensenan tahun baru bermula dengan kisah club bola sepak tanah air yang kusanjungi sejak dulu lagi, kedah, yang tewas di tangan Selangor disebabkan kesilapan2 bodoh yang x boleh dielakkan sama sekali...

Keranamu helmi Eliza, Malaysia hilang tanduknya di piala AFF. Sekaligus memalukan nama Malaysia dalam arena bolasepak Asia mahupun dunia. Aku menyalahkan kamu sehabis habisnya kerana menghancurkan harapan seluruh rakyat malaysia..

Dan kini kau mahu tunjukkan lagi aksi menjaga gawang gol pelik kau tu di arena bola sepak tempatan, dan aku pasti kau masih terbawa bawa dengan aksi menentang Vietnam kan?? Aku tabik kedah, main cantik, tapi sayang kau menghancurkan usaha2 pemain2 yang lain... Argh batapa tensennyer aku malam tu..

Hariku di sekolah bermula dengan baik, aku mula menumpukan sepenuh perhatian terhadap pelajaran, dan waktu senggang aku manfaatkan sepenuhnya dengan menghabiskan masa aku di atas katil membaca novel inggeris yang sejak dua menjak ni aku kemaruk sangat nak baca..

Dan hari ini aku mengoutingkan diri, jalan jalan kat seremban 2, membeli belah sikit je lorhh.
dan aku tak sabar untuk menempuh hari hariku di SASER neh.. Aku nak banggakan mak bapak aku, jadi aku tak sepatutnya main2 lagi... dan aku akan mulakan langkah baru dengan stadi lebih bersungguh sungguh dan meluangkan lebih masa untuk tujuan ini.... haha aku cakap jer lebih, buat malas...

Aku terasa suasana ostel cam x meriah sperti tahun yang lalu, maybe lpas fom 4 msok, kecoh sket lah i guess.

kepada sesiapa yang suka meluangkan masa membaca posting2 ku, aku nak bagitau yang aku tak dapat mengupdate blog slalu, ini kerana aku tak selalu fly malam2 semata mata untuk buat entry baru huhu..

tapi aku harus bersyukur kerana keadaan aku yang terpaksa berada di ostel sepanjang masa telah menjarakkan diri aku dengan internet. Dan aku takkan jadi gian dengan jadah ni... dan pastinya usahaku untuk mencapai cita2 takkan terganggu...

terima kasih hostel!!!

tapi setelah pulang bemalam segalanya akan berubah.. huhu..

Friday, January 2, 2009

Review sem break..



Pagi ini aku rasa lain sangat, tak seindah pagi2 yg lain.. Bangun2 jep aq terus mengadap lappy neh. Mungkin ini pagi terakhir buat aku. Esok aku dah bergerak balik ke kampung, esoknya lg aq akan berdaftar balik kat skul laki tu, penat arh....



tidak!! xnk balek skolaa..

sebulan setengah cam 2 hari jep, sbbnye, aq buat mende yang sama tiap hari, biar aku rumuskan rutin aq dari 14 Nov-3 dec..

Bangun lpas pkul 11, kadang dah nak zohor, aq rasa bbrapa kali jep aq sarapan, sama mcm bilngan aq trun sahur tahun neh. lime enam kali je kot.. Trun2 dapur msti org tngh mkn tengahari.. huhu aq pun sama jep ngan abg n adik kecik aq.. pastu hari2 ngecat pagar, aq lah yg pling suke curi tulang antara kitorang bertiga..Penat siihh, panas, letih.. Kadang2 lpas zohor aq tidur, on9,tidur,0n9,tidur, 09-tiada yang lain. Ada jugak kalau dah melampau bosan aq sentuh gak ar novel2 akak n adik aq tuh, tp tebal sngat, x larat lorh..

Tapi homework pasti x disentuh, itulah aq, klau kat rumah mmg rileks2, itu sbb aq lbih sng blajar kat ostel, ada suasana..

Biasanya aq selalu kena hambat pergi masjid, sbb aq suka masbu', padahal bkk pintu rumah jep tros nmpak kubah masjid, x macam mlas lak, tapi kalau aq baru balik 3 hari, maybe jost sket kot, kdg2 ntah ttbe aq smayang sunat.. hahaha

Dan cuti ni menyaksikan tangan aku macam dah nak tercabut, aku tetibe kemaruk nak mampus main badminton, main gila2 ngan adik pukul sekuat yg boleh, dan pernah sekali tu raket tetibe terlepas drpda tngan aq, longlai gile, gigil siihh... Angkara main macam nak rak selama 2 jam, lpas 2 mandi lambat, g smayang pon lmbat, pastu kena hambat.....

Malam on9 je kejenye, kadang2 smpai dua tiga pagi, pastu subuh kantoi.... hey aq x prnah kantoi subuh ea cuti ni, sbb aq selalu kena hambat sbb liat bangun... Dah banyak ar birat2 kat kaki neh.

Sejak blogging neh, minat aq dah mula kurang terhadap myspace, dan friendster.. asek nak update jep, usha2 blog orang, tapi komen malas.. wakakaka..

Bila masa aq terluang sket, jalan2 ar ngn abg ke, mmber ke g jb, tapi bnyak masa aq kat sekitar kampung halaman ar, aq lbih suke jalan2 kat sini, nyaman, pagi2, tapi pagi aq ialah jam 11 ke atas....

Aku tak tahu kenapa aq semacam suke sangat stay kat sini, Kangkar Pulai. Walaupun aq anak negeri sembilan, aq dibesarkan di Johor, kat sinilah aq mula mengenal abc, alif ba ta.... Aku berbangga tinggal kat Johor, walaupun aq x lahir kat Johor... dalam kelas, aq n member lg sorang jep dak johor, kitorang bawak nama Johor, kami bangga... huhu

Sungguh melalut leteranku, pagi terakhir utk aq update blog.... Malas lorh nak balik skul.... huhu..(=_=)

Thursday, January 1, 2009

Lembaran Baru.......


Salam tahun baru semua.... Sungguh tak disangka sangka....... dah masuk tahun terakhir alam persekolahan..

hari ini 1.1.2009!!!!

Ape yang aq dah buat mase tahun 2008?? macam xde perubahan jer yg brlaku.. banyak masalah ade arr.. rating.. taun 2008 aq bagi 6/10 daripada 16 tahun aq berpijak di bumi neh.. hari ni 2009 ke?? sumpah x percaye, mase yg langsung x dinanti nantikan dah nak tiba.. mesti tahun y mencabar ntuk aq dan tahun nilah yg akan melakarkan masa depan aq.


tahun baru, orang pun mesti baru haha

Baru2 ni aq terima berita paling menggembirakan, xskul aq smk Bndar Putra Kulai meneruskan tradisi kegemilangannya dgn menghasilkan 89 bdak PMR yg perfect score.. tahniah!! aq berbangge sangat. Tak nyesal aq prnah skul cni, respect ar.. taun pas 70 lbih, tp tahun ni lg mencanak. Sume ni hasil titik peluh Botak ke?? ye ke?? ape yg dy dah buat?? ape sumbangan beliau.. xpe, dy dah pndah lorh.. btw, tahniah kpd sume bdk2 fom 3, aq tau korang mmg semartt...

Terimbau kenangan di hari penyerahan result tahun lepas....

Argghh!! Persetan itu semua.. yg penting hari ini 2009?? 2009 lah Yas, ape yg ko brmimpi mmpi lg ni... Bnyk mende ko x prepare lg... Stadi ko kerat mane jer, maen je lbih, tp nk Spm gempak??

Jgn mimpi laaahh.. ini tahun penentu, ape yg dah aq lakukan selama alam persekolahan sejak dari tadika, akan disetelkan dan dibereskan tahun ni... Kalau aq x malas lah, masalah besarnye... aq ni pemalas.. aq dah kahwin dgn malas, xkn aq nak cerai ngn dy kot..Tapi kerana 2009, aq ceraikan kau.... talak 3.... haha

Banyak sangat kenangan mahsyuk2 tahun ni... Seronok sangat, syg nk tinggalkan..

Aq doakan sume orang, peroleh impian masing2 dgn jayanya tahun ni. Dengan keazaman baru, InsyaAllah kamu semua cemerlang...

Okeh, Happy New Year (=_=)


Tuesday, December 30, 2008

Melaka pengubat lara.....

Destinasi sebenar tak jadi ditujui, angkara kesilapan2 teknikal y tak bisa dielakkan, huhu. kami akan ke Melaka, arghh kenapa mesti Melaka, apa ada kat sana hah, hatiku berbicara sendiri. Melangkah menuju Mahkota hotel, aku tau percutian tahun ni nampak tak menyeronokkan. Ditambah lagi dengan suasana harmonis yang sedikit pudar antara kami sume. Nak check in pun macam nak amek lauk kat dewan makan, mak nenek, ramai mencanak siihh manusia nak melawat bumi bersejarah neh.



KAli ni mungkin yg ke 3 aq berada di sini, tapi dah bnyk gile renovation...

Hari kedua kaki aku sipi2 nak tercabut, bjalan pusing2 mahkota Parade macam hantu, jadah mende tak beli, window shopping saja.. Pedi siihh kaki, lg lak hamstring aku, betis.. Arghh, aku bkn x biasa bjlan, tp lau dah over limit, cm2 ar..

Jem mngalahkn KL, sumpah x tpu, aku benar2 tak sngka Melaka cmni tau huhu

Telahanku tak tepat sama sekali, walaupun Melaka nampak x Grand, tapi sejarahnya tetap memukau hati setiap pelawat. Ini antaranya.............


STADHUYS, no komen,
cam x best jer haha


huhu aku serta adik bengongku di hdpan
ktm tertua di Melaka, nak gedik jep


stadhuys, menara taming sari




Serabut di kota A Famosa, sungguh aku tak percaya, rupa rupanya Kotanya dah takde, kena ubat bedil, tinggal gerbang jep, tu sbb bngunan ni kat bawah, hadoi la, mati2 aq egt portugis ni bodoh, buat kubu kat bawah haha

kandid please....







Eye on Malaysia, Maria Tunku Sabri suka menggembar gemburkan jadah ni kan, dari jauh dah nampak bayang, nampak gah, rasa nak naik. Nasib menyebelahi kami, x ramai org time tu, tiket murah, cuunn....









Nampak menyeronokkan, ntah, oke kot.. pening2 sket ar,
kalau dah tergantung kat atas tu, memang nak tercabut tngkai jantung
aku nampak ade makcik nanges kat gondola bwh, huhu

yok ke Melaka, wlaupun tk best sngat.. huhuuhu

rating....... 6/10... oke x....