Sunday, January 11, 2009

sorry, x update slaloohh..


Tahun ini aku bermula dengan sesuatu yang baru, tapi sesuatu yang lain daripada yang lain. Ketensenan tahun baru bermula dengan kisah club bola sepak tanah air yang kusanjungi sejak dulu lagi, kedah, yang tewas di tangan Selangor disebabkan kesilapan2 bodoh yang x boleh dielakkan sama sekali...

Keranamu helmi Eliza, Malaysia hilang tanduknya di piala AFF. Sekaligus memalukan nama Malaysia dalam arena bolasepak Asia mahupun dunia. Aku menyalahkan kamu sehabis habisnya kerana menghancurkan harapan seluruh rakyat malaysia..

Dan kini kau mahu tunjukkan lagi aksi menjaga gawang gol pelik kau tu di arena bola sepak tempatan, dan aku pasti kau masih terbawa bawa dengan aksi menentang Vietnam kan?? Aku tabik kedah, main cantik, tapi sayang kau menghancurkan usaha2 pemain2 yang lain... Argh batapa tensennyer aku malam tu..

Hariku di sekolah bermula dengan baik, aku mula menumpukan sepenuh perhatian terhadap pelajaran, dan waktu senggang aku manfaatkan sepenuhnya dengan menghabiskan masa aku di atas katil membaca novel inggeris yang sejak dua menjak ni aku kemaruk sangat nak baca..

Dan hari ini aku mengoutingkan diri, jalan jalan kat seremban 2, membeli belah sikit je lorhh.
dan aku tak sabar untuk menempuh hari hariku di SASER neh.. Aku nak banggakan mak bapak aku, jadi aku tak sepatutnya main2 lagi... dan aku akan mulakan langkah baru dengan stadi lebih bersungguh sungguh dan meluangkan lebih masa untuk tujuan ini.... haha aku cakap jer lebih, buat malas...

Aku terasa suasana ostel cam x meriah sperti tahun yang lalu, maybe lpas fom 4 msok, kecoh sket lah i guess.

kepada sesiapa yang suka meluangkan masa membaca posting2 ku, aku nak bagitau yang aku tak dapat mengupdate blog slalu, ini kerana aku tak selalu fly malam2 semata mata untuk buat entry baru huhu..

tapi aku harus bersyukur kerana keadaan aku yang terpaksa berada di ostel sepanjang masa telah menjarakkan diri aku dengan internet. Dan aku takkan jadi gian dengan jadah ni... dan pastinya usahaku untuk mencapai cita2 takkan terganggu...

terima kasih hostel!!!

tapi setelah pulang bemalam segalanya akan berubah.. huhu..

3 comments:

aina said...

wah !
tk nk fly ?
ilyas dah baik laa .
haha:P

aina syaqilah said...

haha, i pon bile weekends je gian btl nak usik pc ni

Anonymous said...

bagus2.teruskan usaha anda.study rajin2 ehhh;)